Objektif utama bagi kursus ini adalah untuk menaiktaraf dan pengiktirafan peserta dalam kemahiran dan pengetahuan dalam tata kerja servis penyaman udara kediaman. Peserta akan didedahkan dengan mekanisma penyejukan dalam penyaman udara kediaman. Peserta juga akan didedahkan dengan fungsi komponen penyaman udara kediaman berdasarkan kitaran sistem penyaman udara. Kursus ini akan memberi peluang kepada peserta untuk lebih memahami kawalan asas serta fungsi input dan output komponen penyaman udara, dan pengetahuan dalam proses pertukaran komponen tersebut. Peserta akan didedahkan dengan teknik penggunaan alat pengukuran dengan betul dan membuat pengukuran pada sistem penyaman udara serta mengenal pasti perubahan data semasa unit penyaman udara beroperasi dalam keadaan tidak normal. Panduan berasaskan servis manual dan kod ralat akan diberikan bagi membantu peserta mengenal pasti punca kerosakan penyaman udara dalam program ini. Peserta yang lulus penilaian tersebut akan dianugerahkan Sijil ACCT – RA Service
Minimum peserta : 6 orang
Tempoh kursus : 2 hari
Kursus terbuka sepanjang tahun dan pihak urusetia akan menghubungi tuan/puan jika bilangan peserta minimum (6 orang) bagi setiap kelas mencukupi.