Produk keluaran seramik merupakan salah satu produk cenderahati yang digemari oleh orang ramai. Ianya mempunyai pelbagai bentuk, ukuran, saiz serta corak dan digunakan sebagai hiasan, memori ingatan atau cenderahati kerana mempunyai banyak kegunaan, ringan, kecil, menarik serta murah.
Di dalam kursus ini peserta akan mengikuti pembelajaran dari segi latihan amali yang
melibatkan perkara-perkara berikut:
4.1 Mengenalpasti dan menyediakan bahan mentah untuk menghasilkan produk.
4.2 Mengira dan menimbang jumlah sebenar air dan Plaster Of Paris (POP).
4.3 Mencampurkan kedua-dua bahan tersebut dan kacau sehingga sebati
4.4 Tuang bahan tadi ke dalam pelbagai jenis acuan seperti acuan getah (rubber mould), acuan kayu dan acuan mould.
4.5 Setelah hampir kering lakukan kerja penyudahan dengan teliti agar produk tidak rosak.
4.6 Apabila produk kering keluarkan dari acuan dan jemur sehingga betul-betul kering
4.7 Setelah itu kerja-kerja mewarna boleh dilakukan